Education

‘Minda Sihat Saya Bahagia’ didik tentang kesihatan mental

KUALA MUDA: Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melaksanakan program komuniti iaitu program ‘Minda Sihat Saya Bahagia’, yang melibatkan 60 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Muda (SMKKKM), baru-baru ini.

Program ini merupakan sebahagian program yang mendasari agenda universiti iaitu program di bawah inisiatif Service Learning (SULAM) Pengajian Tinggi iaitu Tsunami Ilmu Komuniti Aktif (TIKAF 3.0).

Pensyarah SAPSP, Dr. Nurhazlina Mohd Ariffin berkata, matlamat program ini adalah untuk untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada komuniti pelajar tentang kepentingan mengenal pasti dan mengurus kesihatan mental serta emosi dengan baik agar mampu menjadi pelajar yang lebih berdaya saing di era globalisasi.

Program ini juga memberi peluang kepada pensyarah SAPSP, Sharima Ruwaida Abbas memperkenalkan program ‘Plan Your Future – Rise & Realize’ (RnR) bagi tujuan memberi pendedahan tentang merancang masa depan mengikut keperluan semasa dan jangka panjang selepas tamat sesi persekolahan di Tingkatan 5 kepada pelajar terlibat.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) SAPSP, Prof. Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani dan Penolong Kanan Pentadbiran SMKKKM, Zunita Che Pee serta guru-guru SMKKKM. – Dr. Nurhazlina Mohd. Ariffin 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button