Education

Pensyarah JPPKK sertai bengkel TOT

SINTOK –  Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT), di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Langkawi, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah CEDI, Fadzil Mohd Husin berkata, bengkel empat hari itu dikendalikan oleh pensyarah UUM yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Mereka turut menyediakan Modul Perakaunan dan Pengurusan Kewangan serta Modul Kepimpinan.

Jelasnya, bengkel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu keusahawanan, perakaunan, pengurusan kewangan dan kepimpinan kepada pensyarah yang akan dilatih untuk membangunkan usahawan komuniti setempat sehingga berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Seramai 40 peserta terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti dan Politeknik Wilayah Utara. Projek ini merupakan projek rintis sebagai persediaan pelaksanaan projek ToT kepada tenaga pengajar JPPKK di seluruh Malaysia.

Program ini merupakan siri kedua rentetan daripada siri pertama yang telah dijalankan pada November 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button