Education

SQS UUM dan Universitas Abulyatama bergandingan dalam program komuniti di peringkat antarabangsa

BANDA ACEH: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bekerjasama dengan Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan (FKIP), Universitas Abulyatama dalam menjayakan aktiviti ‘STEM Education, leads to better career’ di SD Negeri Lambada Klieng, Banda Aceh sempena program Pengabdian Kepada Masyarakat Internasional pada 27 Ogos lalu.

Program ini mempertemukan Dekan SQS, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim, Rektor Universitas Abulyatama, Ir. R. Agung Efriyo Hadi, Dekan  Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan, Dr. Ferlya Elyza, pensyarah SQS PM. Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi, PM. Dr. Nerda Zura Zaibidi, PM. Dr. Nor Aishah Ahad, pensyarah UNIMAP, PM. Ts. Dr. Wan Zuki Azman Wan Muhamad, para pensyarah dan siswa FKIP, guru-guru serta para pelajar SD Negeri Lambada Klieng.

Pengisian program ini dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu oleh Prof. Dr. Haslinda serta aktiviti STEM berfokuskan matematik untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran matematik.

SQS UUM berusaha mewujudkan rangkaian kerjasama di peringkat antarabangsa dan saling interaksi antara universiti dan komuniti dalam proses pemindahan pengetahuan dan kemahiran berkaitan STEM untuk manfaat bersama.

Delegasi SQS UUM ke Banda Aceh amat mengharapkan program kerjasama ini akan menjadi titik permulaan untuk lebih banyak aktiviti komuniti dapat dijalankan bersama komuniti Aceh dan di peringkat antarabangsa. – Prof. Madya Dr. Nor Aishah Ahad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button