Education

79 pelajar UUM diraikan Maybank Padawan 2.0

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

BANGI, 4 November: Seramai 79 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diraikan dalam Majlis Graduasi Maybank Padawan 2.0 di Akademi Maybank, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, majlis ini bertujuan untuk meraikan pelajar yang telah menyertai Maybank Padawan 2.0 di bawah program School of Hard Knocks (SoHK).

Menurutnya, SoHK ini merupakan satu inisiatif yang telah diwujudkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) secara dasarnya bagi menjalin kerjasama aktif dengan industri, selain membuka ruang dan peluang untuk memberi pendedahan terbaik kepada pelajar UUM sebelum melangkah ke fasa praktikum yang merupakan salah satu syarat bergraduat.

“Program SoHK ini dapat membantu pelajar mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan berharap pelajar berpeluang mendapat peluang pekerjaan yang menawarkan gaji premium selepas menamatkan belajar.

“Selain itu, program ini dapat membantu dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran UUM,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif, Head Workplace Futurisation and People Sustainability, Maybank, Sophia Ang Wui Jiun mengucapkan tahniah kepada Maybank Padawan 2.0 kerana telah berjaya menamatkan program bersama Maybank yang telah dijalankan selama dua semester.

Menurutnya, pelajar ini memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang progam berlangsung.

Sesi penyampaian sijil kepada padawan disampaikan oleh Dr. Ahmad Martadha, diiringi oleh Sophia Ang Wui Jiun dan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmudin.

Turut hadir, Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah dan Penyelaras SoHK, Dr. Adilah Azhari. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button