UUMIS jalin perkongsian silang budaya dengan pelajar MSU Demonstration Secondary School, Thailand
SINTOK: Penglibatan pelajar UUM International School (UUMIS) dan pelajar SEM (Science, English, Mathematics) Gifted Program, Mahasarakham University (MSU) Demonstration Secondary School (Secondary), Thailand merupakan perkongsian ilmu dan kemahiran berkaitan “non-threatening” pedagogi yang berbentuk Pembelajaran Bentuk Luar Darjah (PBLD) yang seterusnya memberikan pendekatan alternatif dari perspektif pengalaman autentik di luar persekitaran bilik darjah.
Pengetua UUMIS, Nik Nazlin berkata, implikasi program ini diharap dapat membantu guru untuk meninjau keberhasilan menerusi tahap kesediaan mereka dan seterusnya merancang strategi yang sesuai.
Sementara itu, Pengurus FlanDeCC, Prof Madya Dr Fauziah Binti Md. Jaafar berkata, program ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan erat antara pelajar dan komuniti setempat, di samping meningkatkan lagi kemahiran insaniah terutama dalam kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi dan pembelajaran sepanjang hayat.
“Justeru, program ini juga diharapkan telah dapat memberi pendedahan yang luas dan pelabagai kepada tetamu guru untuk meningkatkan standard pengajaran justeru mengembangkan keupayaan pengajaran bertaraf dunia yang diperlukan dalam milenium baru dalam melestarikan ekosistem yang lebih hijau,” katanya. – Dr. Fahainis Mohd. Yusof