Education

Program Destinasi Aspirasi: Menuju Impian Kerjaya beri motivasi kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Kompleks Mengabang Telipot

Gambar Muhammad Aliff Eiman Abdullah 

SINTOK, 18 November 2024: Program Destinasi Aspirasi: Menuju Impian Kerjaya melibatkan kaunselor pelatih dari Pusat Pengajian Pendidikan (SoE), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ilmiah yang berimpak tinggi ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memberikan motivasi kepada pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), SoE, Prof. Madya Dr. Mardzelah Makhsin berkata, program yang dijalankan ini merupakan aktiviti yang memberikan impak kepada kaunselor pelatih untuk memberikan motivasi kepada pelajar Tingkatan 6, SMK Kompleks Mengabang Telipot.

Menurutnya, Program Destinasi Aspirasi: Menuju Impian Kerjaya ini membuka peluang di antara kedua-dua pihak universiti dan pihak sekolah bagi melakukan perbincangan berkaitan kolaborasi berkaitan akademik serta dapat mempromosikan jurusan pendidikan yang ditawarkan di SoE.

Sementara itu, Pengarah Program Destinasi Aspirasi: Menuju Impian Kerjaya, Nur Imanina Natasha Mohd Azli berkata, program ini mampu memberikan pendedahan awal kepada pelajar yang hadir tentang​ keindahan alam universiti khususnya di UUM.

Slot pertama dimulakan para pelajar telah menjawab Ujian Psikometrik iaitu Inventori Minat Kerjaya dan diteruskan dengan penerangan tentang hasil keputusan inventori (Kod RIASEK) oleh fasilitator-fasilitator yang juga merupakan kaunelor-kaunselor pelatih yang sedang berkhidmat di pelbagai agensi dalam UUM.

Slot kedua pula diteruskan dengan penerangan tentang laluan kerjaya mengikut Kod RIASEK yang telah diperolehi. Akhir sekali, slot ketiga ialah melawat sekitar UUM seperti bangunan Canselori dan Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

Hasil penerangan tentang laluan kerja bersama kaunselor pelatih telah memberikan suntikan motivasi kepada semua pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan menyambung pelajaran di peringkat universiti selepas tamat pengajian di peringkat pra universiti.

Program Destinasi Aspirasi: Menuju Impian Kerjaya  ini juga dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang jurusan-jurusan yang ditawarkan di UUM khususnya di SoE. Pelajar juga telah menetapkan laluan kerjaya mengikut hasil keputusan Kod RIASEK yang telah diperolehi dan berdasarkan cita-cita yang mereka inginkan. Selain itu, mereka juga telah mendapat maklurnat yang jelas dan tepat mengenai peluang pendidikan diperingkat universiti dan prospek kerjaya di rnasa akan datang yang telah diberikan penerangan oleh kaunselor-kaunselor pelatih yang turut terlibat.

Hasil penerangan kaunselor pelatih dalam kelompok yang kecil ini dapat membuka mata semua pelajar tentang kepentingan dan kelebihan untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti, sekali gus memberikan peluang untuk mempromosikan SoE, UUM kepada lebih ramai orang lagi khususnya bagi pelajar-pelajar yang telah menyertai program ini.

Program ini juga telah meningkatkan motivasi dan semangat belajar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM semester 3 tidak lama lagi. – Nur Imanina Natasha Mohd Azli   

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button