Education

Zurich Takaful tawar gaji premium kepada pelajar tahun akhir UUM

Gambar Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG)

ALOR SETAR, 22 Disember 2024: Seramai sembilan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri Majlis Graduasi Zurich Takaful Padawan 3.0 pada 17 Disember lalu di Zurich Takaful.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar yang telah menyertai Zurich Takaful Padawan 3.0 di bawah program School of Hard Knocks (SoHK). SoHK ini merupakan satu inisiatif yang telah diwujudkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) secara dasarnya bagi menjalin kerjasama aktif dengan industri, selain membuka ruang dan peluang untuk memberi pendedahan terbaik kepada pelajar UUM sebelum melangkah ke fasa praktikum yang merupakan salah satu syarat bergraduat.

Regional Sales Manager (RSM) Northern, Zurich Takaful, Azita Abu Hadzim mengucapkan tahniah kepada pelajar kerana telah berjaya menamatkan program bersama Zurich Takaful yang telah dijalankan selama dua  semester dan telah memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang program ini berlangsung.

Sementara itu, Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, program seperti ini dapat membantu pelajar mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan berharap pelajar berpeluang mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji premium.

Selain itu juga, menurutnya, program ini dapat membantu dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UUM.

Majlis dirasmikan oleh Chief Agency Manager Zurich Takaful, Shah Rizal Azmi  dan beliau turut berkongsi berkenaan peluang pekerjaan di Zurich Takaful yang menawarkan gaji premium serta pelbagai insentif kepada pelajar UUM.

Sesi penyampaian sijil kepada padawan disampaikan oleh Dr. Fikriyah diiringi oleh Azita Abu Hadzim dan Shah Rizal Azmi.

Turut hadir, Penyelaras SoHK, Dr. Adilah Azhari, dan Pegawai Psikologi PPKKG, Nur Farah Johari. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button