SEMINAR PSIKOLOGI KAUNSELING IPT KEBANGSAAN 2024
Seminar Psikologi Kaunseling 2024 dengan tema Rehabilitasi Psikososial : Ke Arah Kesejahteraan dan Resiliensi Diri anjuran bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Majlis Kaunseling Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA), Hospital Rehabilitasi Cheras, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), International Khayr Ummah Foundation (IKAF) dan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) UUM.
Objektif seminar ini antaranya adalah untuk memberi pendedahan dan kepentingan mengenai rehabilitasi psikososial kepada masyarakat. Rehabilitasi psikososial adalah satu proses bagi memudahkan dan menggalakkan peluang individu yang kurang upaya akibat penyakit mental, mencapai tahap kefungsian berdikari dalam komuniti. Umum mengetahui semakin lama seseorang mengalami penyakit ini semakin hilang fungsi mereka dari segi penjagaan diri, sosial dan pekerjaan. Justeru, pemulihan psikososial bertujuan untuk membantu individu agar dapat menjalani kehidupan seperti orang lain dengan kekurangan yang mereka ada.
Butiran program adalah seperti berikut :
Tarikh | : | 9 – 10 Oktober 2024 (Rabu-Khamis) |
Masa | : | 8.00 pagi – 5.00 petang |
Lokasi | : | International Youth Centre (IYC) Kuala Lumpur |
Penyertaan | : | Pegawai Psikologi Universiti Awam/IPT Swasta, Pegawai Psikologi Hospital Awam & Swasta, Pensyarah Universiti Awam/IPT Swasta, Staf Organisasi Awam & Swasta, Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan (PRSK), Pelajar Universiti Awam/IPT Swasta, Pengurusan Sumber Manusia, Guru Bimbingan & Kaunseling, Ibubapa & Caregiver dan individu yang berminat. |
Pautan Pendaftaran | : | https://forms.gle/16i5gQvKdxT9D5xy5 |
Tarikh Tutup Penyertaan | : | 6 Oktober 2024 |
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :
1. Encik Shahrin Ahmad – https://www.wasap.my/+60104581706
2. Puan Faezah Nayan – https://www.wasap.my/+60194288666