General

Lebih 8,000 sertai Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah

Gambar Shamsaimi Ezil

SINTOK: Kira-kira lebih 8,000 peserta menyertai Hari Sukan Negara (HSN) Kedah 2024 yang diadakan di Tapak Pesta Konvo, Universiti Utara Malaysia (UUM), hari ini.

Program ini menampilkan 30 acara menarik termasuk Fun Run, pertandingan larian, kayuhan basikal, dan pelbagai aktiviti sukan lain.

HSN merupakan program nasional negara yang disambut secara tahunan pada setiap Sabtu, minggu kedua bulan Oktober.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Hari Sukan Negara adalah inisiatif penting untuk menggalakkan masyarakat agar lebih aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, tujuan utama penganjuran HSN adalah untuk menggerakkan rakyat agar menjadi warga yang gemarkan aktiviti kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, program ini juga bertujuan untuk memupuk perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan rakyat melalui sukan dan rekreasi.

“Sukan bukan hanya sebagai riadah dan rekreasi biasa, tetapi juga sebagai industri yang dapat menjana ekonomi.

“Sebagai contoh, industri sukan bola sepak di England yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara tersebut,” katanya ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di Tapak Pesta Konvo UUM, pagi ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur serta semua peserta yang telah menyertai Hari Sukan Negara 2024 Kedah.

“Penyertaan yang ramai ini amat dihargai dan menunjukkan semangat kebersamaan kita dalam menjalanigaya hidup sihat,” katanya.

Kemudian, beliau melancarkan gimik perasmian sebelum meneruskan walkabout HSN di mana beliau melawat sekitar reruai yang terdapat di HSN.

Antara aktiviti menarik sepanjang HSN adalah HSN x FM  Fun Ride (30km), Larian Untuk Negara x FM Fun Run (5km), dan Berjalan Ria Madani x FM Fun Walk (3km).

Turut hadir, EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radhi Md Din mewakili Menteri Besar Kedah; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Ketua Polis Kedah, Dato’ Fisol Salleh; Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah, Zaiton Yahya dan Timbalan Naib Canselor(Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani mewakili Naib Canselor UUM. – Nor Maisarah Mohamed Ali (Pelatih dari UiTM Shah Alam)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button