General

Naib Canselor ziarah pelajar hadapi masalah kesihatan terpaksa tangguh pengajian

Gambar SSSD, UUM

KUALA LUMPUR, 5 Januari 2025: Prihatin dengan nasib menimpa pelajar dari Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) yang menghadapi masalah kesihatan serius, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah menziarahi Arni Nabilah Abdul Rasid di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Arni Nabilah, pelajar Semester 3, Sarjana Muda Pendidikan (Perakaunan) itu menghidap penyakit ‘arteriovenous malformation’ (AVM) iaitu gumpalan salur darah tidak normal menghubungkan arteri dan vena yang berlaku di bahagian bibir atas.

Ibu bapa pelajar berkenaan telah datang ke UUM untuk memaklumkan keadaan kesihatan anak mereka dan memohon penangguhan pengajian pada semester ini.

Kehadiran Dr. Mohd Foad bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta pegawai-pegawai kanan universiti memberi sokongan dan menyampaikan sumbangan membuatkan keluarga Arni Nabilah terharu.

Siti Aisha berterima kasih kepada UUM yang cakna dan prihatin dengan nasib anak mereka, malah sudi membantu ketika dia dan suami terlibat kemalangan sebaik pulang dari mengambil barang anaknya di UUM Sintok.

Naib Canselor mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat pelajar berkenaan dan UUM akan membantu agar Arni Nabilah dapat kembali ke UUM meneruskan pengajiannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button