UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Anwar angkat sumpah PM ke-10 petang ini

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar AFP

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah perkenan untuk melantik Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Perkenan ini selepas Baginda mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara, hari ini, 

Pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang ini di Istana Negara.

Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta.