UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Memanah pilihan staf SoIS beriadah

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Mohamad Nizwan Awang

Gambar SoIS/UUM Today

SINTOK, 5 Mac – Aktiviti sukan memanah kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi umat Islam kerana sukan memanah merupakan sukan yang dicintai Rasulullah SAW.

Rasulullah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabarani:

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu”.

Susulan itu, Kelab Kebajikan dan Reakreasi, Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) telah mengadakan pertandingan memanah antara ahli kelab di Pusat Sukan UUM, baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Kebajikan, Prof. Madya Dr. Salwani Arbak berkata, seramai 25 ahli kelab menyertai pertandingan ini dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Menurutnya, pertandingan ini bukan untuk melihat siapa lebih bagus, tetapi untuk merapatkan silaturahim antara staf serta dapat belajar menjadi lebih fokus.

Apa yang mencuit hati ahli kelab, Pensyarah Pelawat SoIS, Dr. Ibraheem Saleh Mokbel Ahmed Alkoliby dari Yaman sentiasa menyebut ‘MasyaAllah, Allahuakbar’ setiap kali panahan dibuat.

Turut menyertai pertandingan ini ialah mantan Dekan SoIS yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani.