UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pembukaan Piala Dunia meriah, pasukan tuan rumah Qatar tewas aksi pembukaan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar REUTERS

DOHA: Temasya sukan bola sepak paling berprestij, Piala Dunia 2022 Qatar membuka tirai malam tadi dalam upacara pembukaan yang penuh gilang-gemilang di Stadium Al Bayt.

Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.

Kemudian, Ghanim Muftah memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Jungkook (kiri) dan Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu tema Piala Dunia 2022, Dreamers. Gambar REUTERS

Acara pembukaan turut diserikan dengan persembahan penyanyi utama BTS, Jungkook bersama penyanyi Qatar, Fahad Al-Kubaisi menyanyikan lagu Dreamers.

Piala Dunia 2022 bermula dengan saingan pertama kumpulan A, Qatar menentang Ecuador di Stadium Al Bayt.

Qatar tewas kepada Ecuador pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt. Gambar FIFA

Qatar muncul tuan rumah pertama tumpas dalam aksi pembukaan selepas tunduk 0-2 kepada Ecuador.

Dalam sejarah 92 tahun kejohanan, 16 pasukan tuan rumah memenangi perlawanan pertama mereka, manakala enam daripada mereka mencatat keputusan seri.

Pertembungan Qatar-Ecuador itu secara rasmi membuka edisi ke-22 Piala Dunia dengan slogan ‘Now Is All’.