UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pensyarah UUM kongsi ilmu akuaponik dengan pelajar MTAEK

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Zeety Kartini Abdul Hamid
Gambar Mohd Farid Yusoff/UUM Today

SINTOK, 15 Februari – Seramai 11 pelajar Maahad Tahfiz Ehsan Al Khairi, Malau (MTAEK) telah menyertai Bengkel Asas Akuaponik anjuran Unit Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) di BTA35, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Bengkel ini merupakan aktiviti fasa kedua bagi program USR SLCP iaitu Program Jalinan Akuaponik: Mengolah Air Melestarikan Komuniti yang telah bermula pada Oktober 2023.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr Mohamad Farizal Rajemi bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Mat Yusof yang merupakan pengasas Program Akuaponik UUM.

Pengarah Program, Suryadi Marzuki berkata, program ini adalah jalinanan kerjasama antara SLCP dengan komuniti luar, di samping mempromosikan Unit Bahasa Antarabangsa secara khususnya dan SLCP secara amnya.

Antara aktiviti diadakan adalah penyampaian sumbangan makanan kering kepada MTEAK, lawatan ke taman rusa dan burung unta.

Guru pengiring, Mohd Junit Othman berkata, program akuaponik ini adalah satu program yang baik dan akan dijadikan sebagai salah satu aktiviti kurikulum kepada pelajar, di samping dapat menjana pendapatan kepada Maahad Tahfiz.

Turut serta, guru dari MTEAK, Mazlan Zain dan Muhammad Amrie Mazlan.