UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Pensyarah UUM rangkul pingat emas dan anugerah khas Romania

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Thailand, 29 Februari – Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas dari National University Science and Technology Romania di International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2024), baru-baru ini.

Prof. Madya Dr. Nurulwahida Azid @ Aziz dari Pusat Pengajian Pendidikan mencipta produk inovasi pengajaran bagi bidang Technical Vocational Education Training (TVET) melalui aplikasi interaktif ‘TVET electrical case-based workplace simulation (EleCBOS).

“Covid-19 banyak mengajar dan menyedarkan kita bahawa pendidikan yang melibatkan praktikal juga memerlukan alat pembelajaran secara digital bagi kelangsungan pembelajaran TVET di kolej vokasional

“Inovasi ini membantu proses pembelajaran amali dan praktikal pelajar kolej vokasional bidang Teknologi Elektrikal bagi meningkatkan soft skills selari dengan kehendak industri elektrikal,” ujarnya yang juga ketua penyelidik. 

Jelasnya, EleCBOS dibina berdasarkan ‘backward design model’ bagi membangunkan digital kurikulum berasaskan tiga kursus elektrikal yang selari dengan hasil pembelajaran kursus.

“Kes industri elektrikal dibina dengan kerjasama pihak industri dibina bagi mengahasilkan kes sebenar yang berlaku di tempat kerja.  Malahan proses penyediaan kes pembelajaran mengambilkira pandangan pembina kurikulum dan pelaksana kurikulum elektrikal

“Keseluruhannya pandangan dari 27 industri elektrik seluruh Malaysia menyokong usaha penyelidik UUM dalam membangunkan EleCBOS yang berperanan menyuntik kemahiran berfikir (analitikal, kreatif dan praktikal) dan kecenderungan pembelajaran (heutagogi, paragogi dan sibergogi) melalui penyelesaian masalah industri elektrikal,” ujarnya. 

Menurutnya, produk yang dihasilkan melalui geran Kecemerlangan Konsortium Penyelidikan (KKP) diwakili oleh Dr. Abdul Hamid Busthami Nur dan Prof. Madya Dr. Ruzlan Md. Ali.

IPITEx 2024 yang dianjurkan oleh ‘National Research Council of Thailand (NRCT) Ministry of Higher Education, Science, Research and Innovation’ dihadiri oleh 25 buah negara yang mempamerkan sebanyak 608 produk inovasi dalam pelbagai bidang.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur semestinya perasaan amat teruja di atas kemenangan ini, selain dapat membantu pelajar kolej vokasional dan bidang TVET menguasai kemahiran dan pengetahuan melalui ‘electrical industrial case-based simulation’.

Beliau yang juga ahli Malaysian Research and Invention Society (MyRIS) mewakili kontinjen dari Malaysian berkata, ‘industrial case-based simulation’ ini merupakan sebahagian hasil penyelidikan ‘Digital Curriculum: TVET Future Learning Consortium’.

Untuk perancangan masa depan, beliau berhasrat menghasilkan lebih banyak kurikulum digital bagi merangsang pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan young skills workers dalam bidang TVET.

Usaha ini bertujuan melahirkan graduan yang mampu meningkatkan prestasi lebih cemerlang dalam bidang teknologi elektrikal.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MyRIS dan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan  yang memberi peluang  serta sokongan penyertaan produk EleCBOS bagi mendapat pengiktirafan antarabangsa.