SINTOK : Seorang remaja terlibat dalam kemalangan di Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun – Kampung Darat selepas cuba mengelak kereta sebelum hilang kawalan motosikalnya pada petang tadi.
Mangsa mengalami kecederaan pada tubuh badan dan muka selepas terdapat kesan-kesan pendarahan dari hidung.

Menurut saksi, Fendi Mohd Kamil, 34, yang juga penduduk Kampung Darat yang melihat kejadian itu berkata terdapat sebuah kereta Perodua Axia berwarna kelabu hampir melanggar remaja tersebut.
Difahamkan, remaja itu ingin mengelak tetapi bergesel dengan kereta sebelum hilang kawalan.

Orang ramai di Jalan Kampung Darat memberi bantuan kecemasan sebelum ambulan tiba di lokasinya.