UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

YDP Agong minta rakyat bersabar

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Wikipedia

KUALA LUMPUR: “I can’t reveal anything because I’ve not seen anything yet,” titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda akan membuat keputusan berkaitan pelantikan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat, justeru menyeru supaya rakyat terus bersabar dan bersifat rasional, selain perlu bergerak ke hadapan untuk negara tercinta.

“Rakyat perlu menerima segala keputusan yang dibuat oleh rakyat, wakil rakyat dan Yang Dipertuan Agong.

“Itu sahaja, biar saya buat keputusan dalam masa terdekat ini,” titah baginda ketika bertemu pengamal media di hadapan pintu dua, Istana Negara, hari ini.