Uncategorized

Lawatan penandaarasan erat hubungan JUU dan SSM Kedah

ALOR SETAR: Jabatan Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Kedah, baru-baru ini.

Penasihat Undang-undang, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohamed berkata, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan isu-isu hal ehwal perundangan dan pindaan terkini berkaitan syarikat dan entiti korporat yang lain.

Menurutnya, beliau berharap agar lawatan penanda aras ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua organisasi, sekali gus meningkatkan kualiti amalan tadbir urus dan peranan serta prestasi khususnya dalam penasihatan undang-undang yang mencakupi pelbagai bidang pengurusan aktiviti universiti.

Sesi perbincangan daripada SSM diketuai oleh Pengarah SSM Negeri Kedah, Ismanani Khazali dan dikendalikan oleh tiga pegawai kanan SSM dari bahagian operasi dan penguatkuasaan.

Pihak JUU mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SSM kerana sudi meluangkan masa bersama UUM sepanjang lawatan tersebut dijalankan. – Nurul Fadliyana Abu Kasim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button