General

Kongsi rezeki, kongsi bahagia: INASIS TNB kongsi rezeki sempena aidilfitri, eratkan silaturahim

Berita dn gambar oleh: Nur Faizah Binti Azali

SINTOK, 16 Mac 2026: Semangat berkongsi rezeki dan menyemarakkan sambutan Aidilfitri dizahirkan melalui edaran pek kuih raya kepada staf UPSB, staf Inasis TNB termasuk barisan felo, serta tidak dilupakan mantan pengetua dan felo yang pernah menyumbang bakti kepada Inasis TNB.

 

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan di samping menceriakan suasana menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pengetua Inasis TNB, Mohd Fadzli bin Suhaimi berkata, program ini bukan sahaja dapat berkongsi kegembiraan sempena Syawal, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan rakan sekerja.

 

“Program ini selaras dengan keindahan sambutan Aidilfitri yang menekankan nilai kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Dalam masa yang sama, seluruh staf Inasis TNB turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua kakitangan Universiti Utara Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button