Campus

Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi Siri I: Perkasa kualiti penerbitan SQS

Gambar SQS

SINTOK, 1 Julai 2025: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah melaksanakan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Berimpak Tinggi Siri I, sebuah inisiatif kolaboratif antara Jawatankuasa Penerbitan SQS, Jawatankuasa Seminar, Latihan & Pembangunan Modal Insan SQS, dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UUM.

Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah (Tugas-Tugas Khas dan Piawaian) RMC, Dr. Mohamad Sabri Sinal @ Zainal yang menyatakan bahawa program ini bertujuan memperkukuh keupayaan penyelidik dalam menghasilkan artikel jurnal bertaraf antarabangsa seperti Scopus dan Web of Science (WoS).

Beliau juga menekankan pentingnya memanfaatkan pelbagai bentuk sokongan yang ditawarkan universiti dan kementerian dalam memperkasa penerbitan berimpak.

“RMC komited menyokong usaha penerbitan warga akademik termasuk melalui pemantauan berkala dan insentif penerbitan.

“Justeru, saya berharap agar penyelidik mengambil peluang menerusi perjanjian penerbitan terbuka (Open Access) di bawah konsortium KONSEPt bersama Springer Nature, yang membolehkan penerbitan artikel dalam lebih 2,000 jurnal hibrid tanpa kos APC,” katanya.

Fasilitator bengkel, Dr. Ibrahim Sulaiman, membimbing peserta melalui modul bertajuk “Strategic Manuscript Development: Constructing a Compelling Introduction and Literature Review”, yang memberi tumpuan kepada tatacara penyusunan artikel yang sistematik dan berimpak.

Pendekatan “Buddy System” turut diperkenalkan, di mana pensyarah berpengalaman (B1) akan membantu peserta (B2) sepanjang proses penulisan dari bengkel hingga ke peringkat penghantaran artikel ke jurnal sasaran.

Bengkel seterusnya, Siri II pada 15 Julai 2025 dan Siri III pada 31 Julai 2025, dijangka membantu peserta menyiapkan artikel mereka untuk penghantaran sebelum pertengahan Ogos 2025. – Prof. Madya Dr. Nazrina Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button