General

UUM Raih Pengiktirafan Industri Ketiga atas Kecemerlangan Berterusan dalam Pengurusan Sisa

Gambar oleh: Mohd Fuad Hamid

SINTOK, 13 Ogos 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi menerima pengiktirafan atas komitmen berterusan dalam pengurusan sisa dan kelestarian alam sekitar apabila dianugerahkan Academic Excellence in Waste Management Recognition 2026 pada Waste Management Association of Malaysia (WMAM) Annual Conference 2026 yang berlangsung pada 10 Ogos lalu.

Pengiktirafan tersebut merupakan kali ketiga diterima UUM daripada WMAM selepas pengiktirafan pada tahun 2023 dan 2025, sekali gus mencerminkan pengiktirafan berterusan daripada industri terhadap usaha dan pencapaian universiti dalam bidang pengurusan sisa serta kelestarian alam sekitar.

Menariknya, ketiga-tiga pengiktirafan diberikan berdasarkan pengiktirafan industri terhadap usaha yang dilaksanakan secara berterusan oleh universiti.

UUM pertama kali menerima Appreciation Award for Active Involvement in Environmental Initiatives pada WMAM Annual Conference 2023 yang bertemakan Green Technology & Circular Economy for a Sustainable Future.

Pengiktirafan tersebut diberikan atas komitmen UUM terhadap tindakan alam sekitar dan amalan ekonomi kitaran.

Pada tahun 2025 pula, UUM menerima Recognition on Waste Management Initiatives sempena 20th Anniversary WMAM Annual Conference yang berlangsung pada 8 hingga 9 September 2025.

Antara inisiatif yang diberi perhatian ialah E-Idaman Drive-Thru Recycling Centre dan Sustainalytics Dashboard, yang mencerminkan perkembangan UUM daripada pelaksanaan aktiviti alam sekitar kepada pengurusan kelestarian yang lebih sistematik dan berasaskan data.

Pengiktirafan terbaharu pada tahun 2026 pula mencerminkan perkembangan berterusan UUM dalam pengurusan sisa melalui kerjasama institusi, penglibatan akademik dan komuniti, jalinan industri serta pengurusan alam sekitar berasaskan bukti.

Sehubungan itu, satu sesi penyerahan pengiktirafan tersebut kepada Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, telah diadakan di Balai Tamu UUM, hari ini.

Sesi berkenaan menjadi simbolik penghargaan terhadap komitmen dan usaha berterusan UUM dalam memperkukuh pengurusan sisa serta agenda kelestarian alam sekitar di peringkat institusi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, Pengarah Canselori, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi, Prof. madya Dr. Masnita Misiran @ Bakun dan Dr. Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button