Campus

CUIC UUM Teroka Peluang Program Latihan Industri J1 Visa di Amerika Syarikat bersama HRC International

Gambar oleh Siti Nazirah Jaya

SINTOK,  27 Julai 2025: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan satu sesi perbincangan secara maya bersama wakil HRC International bagi meneroka peluang penempatan latihan industri berbayar di Amerika Syarikat melalui Program Internship/Training J1 Visa, khususnya dalam bidang kulinari.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Zuliana Azwa Zulkifli, Penyelaras Praktikum, UUM College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS), serta turut disertai oleh Dr. Safwan Marwin Abdul Murad, Penyelaras Praktikum, UUM College of Business (UUM COB), dan Dr. Nuramalina Mohamad Na’in, Penyelaras Praktikum, UUM College of Arts and Sciences (UUM CAS). Pihak HRC International pula diwakili oleh Mrs. Angela Gabriella, Career Consultant & Malaysia Recruitment Coordinator, bersama Mrs. Caterine, Junior Consultant.

Program J1 Visa ini menawarkan peluang latihan industri di lokasi-lokasi berprestij di Amerika Syarikat dengan gaji kompetitif antara USD 16 hingga USD 20 sejam (~RM 67–84), serta bonus penyertaan sehingga USD 2,000 (~RM 8,400). Antara organisasi yang menjadi rakan penempatan termasuk Auberge du Soleil, Napa Valley, California dan The Westin Buffalo, New York.

Menariknya, program ini tidak memerlukan ujian Bahasa Inggeris formal, kerana penilaian kemahiran komunikasi akan dilakukan oleh pihak HRC sendiri. Kekangan bahasa juga bukan halangan utama, terutamanya dalam sektor kulinari. Walau bagaimanapun, pelajar perlu menyediakan dana permulaan sendiri kerana gaji hanya akan diterima bermula minggu kedua penempatan di Amerika Syarikat.

Menurut Dr. Zuliana Azwa, sesi ini merupakan langkah awal ke arah meneroka potensi kerjasama penempatan antarabangsa, yang secara tidak langsung dapat memperkasakan pendedahan global pelajar dan meningkatkan nilai kebolehpasaran graduan UUM khususnya dalam industri hospitaliti dan kulinari.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button