Campus

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif UUM terbitkan buku dengan penerbit tersohor, terindeks scopus

Gambar oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Samsul Ariffin bin Abdul Karim

Sintok, 21 September 2025 – Seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menerbitkan buku penyelidikan (kategori buku suntingan) bersama penerbit antarabangsa tersohor, CRC Press (Taylor & Francis).

Buku bertajuk Intelligent Systems of Computing and Informatics in Sustainable Urban Development ini dihasilkan bersama Prof. Madya Ts. Dr. Aslina Baharum dari Sunway University, dan telah diindeks dalam pangkalan data Scopus.

Buku ini meneliti sistem pintar dalam pengkomputeran dan informatika dengan fokus kepada perananannya dalam menyokong SDG No. 11: Sustainable Cities and Communities.

Ia membincangkan perancangan bandar inovatif, pengurusan sumber cekap, serta kesejahteraan komuniti, selain menawarkan perspektif holistik tentang integrasi sistem pintar dalam pembangunan bandar mampan.

Mengandungi 14 bab dengan 226 muka surat, buku ini turut menampilkan kajian kes dunia sebenar, aplikasi praktikal, dan kemajuan teknologi terkini. Setiap bab telah diindeks Scopus, menjadikannya rujukan bernilai bagi penyelidik dan pelajar pasca siswazah dalam bidang perancangan bandar, teknologi, dan kajian kelestarian. – Prof. Madya Ts. Dr. Samsul Ariffin bin Abdul Karim

Buku ini boleh diperoleh secara atas talian melalui pautan berikut:

https://www.routledge.com/Intelligent-Systems-of-Computing-and-Informatics-in-Sustainable-Urban-Development/

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button