OYAGSB raikan kejayaan pelajar pascasiswazah 2025
Gambar oleh Mohd Fuad Hamid
SINTOK, 26 Oktober 2025: Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan OYAGSB Appreciation Day 2025 sebagai penghargaan kepada para pelajar pascasiswazah dan staf akademik yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, penyelidikan, kepimpinan, serta penglibatan komuniti. Majlis berlangsung dengan penuh meriah di Studio OYAGSB, UUM Sintok.

Prof. Dr. Mohd Azizuddin bin Mohd Sani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), dalam ucapannya menekankan kepentingan menawarkan program pendidikan yang relevan dan memenuhi keperluan global bagi mengekalkan kejayaan universiti.
Menurut beliau, program-program UUM kini semakin mendapat sambutan dan pengiktirafan antarabangsa, dan kualiti penyampaian perlu ditingkatkan bagi selaras dengan standard antarabangsa dan keperluan semasa.

“Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, khususnya pensyarah dan staf yang berdedikasi membimbing pelajar. Tugas sebagai pensyarah pada masa kini semakin mencabar memandangkan perubahan dan keperluan yang sentiasa meningkat,” katanya.
Dekan OYAGSB, Prof. Dr. Hassan bin Abu Bakar menegaskan bahawa penganjuran OYAGSB Appreciation Day merupakan usaha berterusan pihak OYAGSB dalam mengiktiraf kecemerlangan akademik serta membudayakan penghargaan dalam kalangan warga OYAGSB dan College of Business (COB), UUM.

“Majlis pengiktirafan seperti ini akan dijadikan acara tahunan OYAGSB bagi memastikan kejayaan dan sumbangan para pelajar serta staf terus diraikan secara konsisten,” katanya.
Anugerah Graduan Tepat Masa (GOT)
Kategori Sarjana:
- Encik Wan Arman bin Wan Omar, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), OYAGSB
- Encik Rizky Andrean, Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam (MIFB), IBS
- Encik Mohammad Azri bin Osman, Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi), STML
Kategori Doktor Falsafah:
- Encik Syed Yaser Tanvir Ahmad, Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA), OYAGSB
- Encik Muhammad Murad, Doktor Falsafah (Keusahawanan), SBM
- Cik Raja Rajeswari a/p Jayakumar, Doktor Falsafah (Perakaunan), TISSA

Anugerah Penerbitan (Publication Award)
- Puan Sazurani binti Abdul Zabil, Doktor Falsafah (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan), SBM
- Encik Muhammad Murad, Doktor Falsafah (Keusahawanan), SBM
- Cik Dinithambigia a/p Nadahrajan, Doktor Falsafah (Pengurusan), SBM Cik Lidia Plotkina, Doktor Falsafah (Pengurusan Sumber Manusia), SBM
- Encik Hassan Dauda Yahaya, Doktor Falsafah (Inovasi dan Keusahawanan), OYAGSB
Anugerah Pelajar Cemerlang (Outstanding Student Award)
Kategori Sarjana:
- Encik Lim Chong Luen, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), OYAGSB
- Cik Kanchana a/p Kannan, Sarjana Sains (Rantaian Bekalan), STML
- Encik Mohammad Azri bin Osman, Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi), STML
Kategori Doktor Falsafah:
- Encik Syed Yaser Tanvir Ahmad, DBA, OYAGSB
- Murad, PhD (Keusahawanan), SBM
- Cik Koay Huey Sian, PhD (Pemasaran), SBM
Anugerah Kepimpinan Cemerlang (Outstanding Leadership Award)
- Dato’ Wan Ramiza binti Wan Ghazali, Doktor Pengurusan (DMgmt), OYAGSB.
Anugerah Impak Komuniti dan Penglibatan (Community Impact & Engagement Award)
- Cik Endangika Wahyuni, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), OYAGSB
Anugerah Pensyarah Pascasiswazah Paling Menginspirasi (Graduate Inspiring Teacher Award)
- Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal bin Mohd Shaharanee, OYAGSB
- Prof. Emeritus Dr. Rushami Zien bin Yusoff, COB
Anugerah Khas (Special Award)
Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA) atas kerjasama bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi program Master of Science (International Accounting)

Majlis turut menyaksikan pelancaran rasmi saluran TikTok OYAGSB (@oyagsb_official) sebagai langkah memperkukuh kehadiran dalam platform digital dan mendekati komuniti akademik serta industri melalui medium media sosial yang lebih interaktif.
Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dr. Subramaniam Sri Ramalu, Timbalan Dekan OYAGS, Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Hubungan Korporat) OYAGSB, Prof. Madya Dr. Sabariah Yaakub, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) OYAGSB, Prof. Madya Dr. Francis Chuah Chin Wei, Pengarah Akademik OYAGSB serta staf dan pelajar COB.



