Asia

Dekan SCIMPA terima pelantikan sebagai Industry Expert di Zhejiang University, China

Berita dan gambar M Shahadat Ali Nordin

CHINA, 5 Jun 2025: Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Prof. Madya Ts. Dr. Adzrool Ismail, sekali lagi telah menerima pelantikan sebagai Industry Expert oleh Ningbo Equipment Manufacturing Industry–University–Research Technology Innovation Alliance yang berpusat di Zhejiang Universiti.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan hasil daripada pembentangan idea, kepakaran dan cadangan baharu kepada pihak industri dalam membuka pasaran lebih luas antara dua negara Malaysia-China.

Dr. Adzrool Idzwan telah menarik minat pihak industri dan wakil Zhejiang Universiti dalam bidang penyelidikan serta kolaborasi industri dan universiti.

Beliau telah menerima pelantikan secara langsung selepas sesi pembentangan tersebut, dan kejayaan ini terukir dan menjadi sejarah apabila beliau berjaya menerima sebanyak tiga kali, hasil daripada pembentangan ilmiah dan teknikal setelah meyakinkan pihak universiti dan pemimpin industri di wilayah Ningbo.

Majlis pelantikan berlangsung di Zhejiang Universiti pada 26 Mei lalu dan turut dihadiri oleh wakil-wakil akademik dan pemimpin industri.

Dr. Adzrool berkata, pentingnya sinergi antara institusi akademik dan industri dalam menjana inovasi berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat secara global.

“Pelantikan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan strategik antara Malaysia dan China dalam bidang penyelidikan dan inovasi, tetapi juga memperkukuhkan peranan SCIMPA dalam memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dan pembangunan teknologi berorientasikan industri,” katanya.

Usaha ini sekali gus mengukuhkan lagi Industri Kreatif UUM di negara kuasa besar dunia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button