Campus

Profil Penjawat dan Pegawai Kanan UUM lahir barisan pemimpin masa depan

SINTOK: Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan telah menerima kunjungan hormat delegasi panel penilai Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.

Delegasi terdiri daripada Mujab Sungib sebagai Ketua Panel, Ahmad Kamal Ismail dan Syed Ali Syed Ahmad hadir sempena program profil untuk kelompok bakat induk (University Top Talent) di UUM.

Program profil adalah kerjasama strategik UUM dengan AKEPT adalah satu pendekatan kompehensif pengurusan UUM untuk memperkasa pembangunan bakat kelompok pemimpin UUM.

Seramai 45 orang melibatkan Penjawat dan Pegawai Kanan UUM mengambil bahagian dalam program profil yang bermula semalam sehingga 5 September ini.

Objektif program adalah sebagai satu usaha pembangunan sumber manusia yang berterusan dalam memastikan UUM bersedia dengan barisan pelapis pemimpin di masa hadapan melalui proses penilaian kompetensi kepimpinan kelompok pemimpin universiti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button