Campus

AI-Xplore-Beyond STEM cetus inspirasi AI dalam kalangan pelajar sekolah rendah

Gambar Ariff Izzudin Mohamat Zamri

SINTOK, 2 Oktober 2025: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Raudzah melalui program khas AI XPlore – Beyond STEM.

Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi SOC, Prof. Madya Dr. Husniza Husni berkata, lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai teknologi terkini dalam bidang Artificial Intelligence (AI) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

Menurutnya, pendedahan seumpama ini amat penting dalam membentuk generasi celik teknologi.

“AI kini bukan lagi sesuatu yang jauh, ia sudah berada dalam kehidupan harian kita. Jika minat terhadap teknologi ditanam sejak awal, kita dapat melahirkan bakat besar yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara di masa hadapan,” katanya.

Pelajar berpeluang mengikuti sesi interaktif bersama barisan pensyarah SoC, termasuklah Prof. Madya Dr. Azizi Ab Aziz dan Dr. Mohamad Sabri Sinal@Zainal yang membincangkan asas algoritma dan AI, serta pensyarah muda yang memperkenalkan teknologi AI dan GIS.

Antara sesi yang mencuri perhatian adalah perkongsian mengenai aplikasi AI dalam permainan video serta permainan berkonsepkan AI yang berjaya menarik minat pelajar melalui cara mudah dan dekat dengan dunia mereka.

SoC komited untuk meneruskan usaha mendekatkan teknologi kepada sekolah-sekolah dan masyarakat, sekali gus memastikan generasi muda bersedia menghadapi cabaran dunia digital yang semakin pesat berkembang. – Prof. Madya Dr. Husniza Husni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button