Campus

Akademia Muda Berkarya: Strategi menulis untuk penerbitan buku dan akhbar

SOE bimbing pensyarah muda kuasai strategi penerbitan buku dan akhbar

Berita dan gambar Dr. Norasyikin Mohaiyuddin

SINTOK, 10 Mac 2025: Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) telah menganjurkan program Akademia Muda Berkarya: Strategi Menulis Untuk Penerbitan Buku dan Akhbar sebagai platform untuk membimbing pensyarah muda dalam dunia penerbitan.

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran penulisan akademik, khususnya dalam memastikan artikel dan buku diterbitkan di saluran berimpak tinggi.

Dua panel berpengalaman telah dijemput untuk berkongsikan pengalaman mereka iaitu  Dr. Faizahani Ab Rahman dan Dr. Muhammad Noor Abdul Aziz juga dari Pusat Pengajian Pendidikan.

Antara objektif utama program ini  ialah membimbing peserta menguasai teknik menulis dan menerbitkan buku serta artikel akhbar. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan tips untuk meningkatkan peluang penerimaan artikel mereka oleh editor akhbar.

Turut dikongsikan adalah pengalaman menulis dan menerbitkan sebuah buku sehingga berjaya diindeks dalam Web of Science (WOS). Ini memberikan perspektif baru kepada peserta tentang keperluan kualiti dan strategi penulisan yang menepati standard penerbitan antarabangsa.

Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada pensyarah muda untuk berkarya dengan lebih berkesan, tetapi juga memperkukuhkan budaya penerbitan dalam kalangan akademia.

Dengan bimbingan yang tepat, golongan muda dalam dunia akademik dapat menyumbang kepada penyebaran ilmu secara meluas melalui buku dan akhbar berkualiti tinggi.

Sebagai inisiatif yang menyokong agenda penerbitan ilmiah, program ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan profesionalisme pensyarah muda dan memperkasakan bidang pendidikan melalui penulisan berkualiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button