Campus

Bengkel inovasi dan pengkomersialan mantapkan perancangan strategik dan tadbir urus ICC

Berita dan gambar oleh: Khairil Azfar Ahmad Zubir

LANGKAWI, 28 Mac 2026 – Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik dan Pemantapan Tadbir Urus selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Mac 2026 bertempat di Nadias Hotel, Pulau Langkawi.

Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh hala tuju strategik jabatan bagi tahun 2026 di samping meningkatkan kecekapan tadbir urus serta pengurusan aktiviti aktiviti inovasi dan pengkomersialan universiti.

Program dimulakan dengan sesi perbincangan pelan strategik yang memberi fokus kepada penetapan keutamaan, penambahbaikan inisiatif sedia ada serta perancangan tindakan yang lebih tersusun.

Turut menjadi pengisian utama adalah sesi pemantapan strategi pemindahan teknologi serta semakan data pengkomersialan yang melibatkan aspek pemantauan prestasi, pengembangan perniagaan dan pembahagian pendapatan.

Perbincangan ini bertujuan memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara efektif dan memberi impak kepada universitisecara menyeluruh.

Selain itu, peserta turut mengikuti latihan dalaman bertajuk Design Thinking yang disampaikan oleh En. Suwannit Chareen Chit, Penyelaras ICC. Sesi ini memberi pendedahan kepada pendekatan kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah serta membangunkan idea baharu yang lebih berdaya saing.

Di samping itu, satu Bengkel Menjawab Bantahan Substantif Paten yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad, Pengarah, ICC, yang memberi pendedahan penting berkaitan pengurusan harta intelek, khususnya dalam menangani isu-isu bantahan pemeriksaan substantif paten secara profesional dan strategik.

Secara keseluruhannya, penganjuran Bengkel ini dilihat berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan perancangan strategik serta meningkatkan keupayaan tadbir urus dan pengkomersialan ICC ke arah yang lebih cemerlang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button