Campus

Gotong-royong EKSA di INASIS SME BANK 

SINTOK, 11 Mac 2025:   INASIS SME BANK telah menganjurkan Program Gotong-Royong EKSA: INASIS SME BANK Mesra Warga Kerja 2025 di sekitar Bangunan Pentadbiran INASIS SME BANK.

Program yang disertai oleh staf pentadbiran, Felo dan staf UUM Property Sdn Bhd di INASIS SME BANK(SB) ini merupakan lanjutan dari usaha membantu pihak Universiti dalam memperoleh Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pengetua, Dr. Faisal Zulhumadi berkata, menerusi program ini persekitaran INASIS sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat selain jaringan kerjasama daripada warga kerja di SB dapat dikekalkan sebagai amalan kerja berpasukan.

Melalui usaha ini juga manfaat yang diperolehi seperti setiap teguran daripada Audit EKSA dapat dibaiki selain menambah baik kemudahan sedia ada ke arah lebih ceria dan baik.

Program seperti ini akan diteruskan dan akan dijadikan program asas kepada INASIS SME BANK yang sentiasa berusaha menjaga kualiti kemudahan, perkhidmatan & persekitaran yang terbaik setiap masa. –  INASIS SME BANK

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button