Campus

IBS melakar pengiktirafan di UUM COB Postgraduate Student Appreciation Day

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Selamah Maamor 

SINTOK, 3 Disember 2024: Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) sekali lagi mencipta sejarah pada Majlis UUM COB Postgraduate Student Appreciation Day dengan menerima pengiktirafan dalam pelbagai kategori berprestij.   

Dalam majlis tersebut, lima anugerah utama telah diberikan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang warga IBS dan alumni:   

  1. Dr. Sirajo Aliyu – Graduate Teaching Excellent Award, sebagai menghargai usaha dedikasinya dalam membimbing pelajar dengan kaedah pengajaran yang luar biasa.  
  2. Dr. Haruna Musa, PhD – Outstanding Alumni Award, dengan penyeliaan daripada Prof. Hayati dan Dr. Alias, menunjukkan kecemerlangan sebagai alumni yang memberi inspirasi. Beliau kini merupakan CEO Jaiz Bank iaitu salah sebuah Bank Islam di Nigeria.
  3. Ustaz Khubaib Ramli, Master of Islamic Business Studies (MIBS) by Research – Outstanding Community Impact & Engagement Award, di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Selamah Maamor, sebagai penghargaan atas sumbangan besar beliau kepada masyarakat. Ustaz Khubaib kini adalah Pengetua di Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam (SMADI) dan juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pengetua-pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (PPSABK) yang gigih memperjuangkan isu-isu pembangunan sekolah-sekolah agama di peringkat national.  
  4. Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) – High Impact Collaboration, mencerminkan usaha berterusan IBS dalam menjalinkan kerjasama yang berimpak tinggi.  
  5. Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) – Outstanding Service, mengiktiraf perkhidmatan unggul yang diberikan kepada komuniti pelajar dan universiti.  

Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga IBS dan barisan pimpinan terdahulu yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Beliau turut menekankan bahawa setiap kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif melibatkan penyelia, pensyarah, staf pentadbiran dan semua warga UUM.   

“Semoga seluruh warga IBS terus bersemangat meneruskan perjuangan dalam memikul amanah dan membina kecemerlangan masa depan.

“Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen IBS dalam melahirkan graduan dan penyelidik yang berkaliber tinggi serta terus memberi impak positif kepada masyarakat dan ummah,” katanya. 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button