Iftar Perdana GSGSG bersama pelajar pascasiswazah dan penjawat UUM COLGIS erat ukhuwah
Gambar GSGSG, UUM COLGIS
SINTOK, 27 Mac 2025: Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah menganjurkan program University Social Responsibility (USR) serta majlis berbuka puasa bersama pelajar pascasiswazah dan penjawat utama UUM COLGIS di EDC UUM.
Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) turut menjemput tetamu daripada ahli Mesyuarat JIL UUM COLGIS, penjawat utama universiti, Pengarah Pusat Zakat dan Waqaf UUM, para asnaf daerah Changlun, staf UPSB serta pelajar pascasiswazah UUM COLGIS yang berada di Kampus UUM.
Majlis dimeriahkan lagi dengan sumbangan bakul ramadhan kepada para asnaf Changlun dan staf UPSB yang telah disediakan oleh pihak GSGSG hasil sumbangan tunai dari Tabung Zakat, Pusat Zakat dan Wakaf UUM.
Dekan GSGSG, Prof. Dr. Rusdi Omar dalam ucapannya berharap majlis iftar ramadhan yang dilaksanakan ini dapat merapatkan lagi silaturrahim sesama staf, pelajar pascasiswazah dan penduduk setempat.
Beliau juga berharap agar hubungan baik antara GSGSG dengan para pelajar pascasiswazah dapat terus dikekalkan pada masa akan datang.
Turut hadir dan memeriahkan lagi majlis ialah Pengarah Pusat Zakat & Wakaf, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, dan alumni UUM COLGIS. – Nor Afiq Abd Razak