Campus

INASIS MISC bersama UUMIT & JPPI pastikan kemudahan pelajar sempurna

Berita dan gambar oleh INASIS MISC

SINTOK, 09 Februari 2026: INASIS MISC sentiasa berusaha memastikan kemudahan pelajar berada dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan oleh para pelajar di INASIS.

Selain itu, melalui kemudahan yang telah disediakan pada peringkat INASIS dari masa ke masa cadangan serta keperluanĀ  baharu sentiasa menjadi keutamaan kearah memantapkan lagi tadbir urus dan pengurusan INASIS, disamping mencapai tahap kepuasan pengguna iaitu para pelajar dan waris berpuas hati anak-anak berada di INASIS amnya dan Kampus UUM khususnya.

Dengan amanah yang diberikan sebagai Pengetua, segala perjalanan INASIS MISC akan disusun sebaiknya bagi mencapai semua Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan pihak Universiti pada tahun-tahun semasa tanpa mengabaikan manfaat diperolehi dari setiap program dan usaha INASIS MISC kepada pelajar kata Cik Siti Norlia Mazlan, Pengetua INASIS MISC.

Dengan bermulanya cuti semester dapat dimanfaatkan oleh INASIS untuk memastikan keadaan bilik pelajar, tandas, persekitaran INASIS dibaiki serta ditambah baik seperti diarahkan oleh Pusat Penginapan Pelajar (SAC).

Melalui jaringan kerjasama diantara pihak-pihak berkaitan seperti pihak UUMIT dan JPPI dikuatkan untuk memastikan kemudahan, kebajikan, kesihatan mahupun keselamatanĀ  diangkat sebagai keutamaan dalam pengurusan INASIS dan Universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button