Campus

INASIS sambut kepulangan pelajar di Aidilfitri

SINTOK, 6 APRIL 2025: Dalam suasana kemeriahan Aidilfitri, Inapan Siswa (INASIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) setia menanti kepulangan pelajar ke kampus, baru-baru ini. 

Begitu juga INASIS SME Bank yang mula bekerja menyambut pelajar telah kembali ke kampus Universiti Utara Malaysia untuk memulakan sesi pengajian.

Dalam suasana kemeriahan Aidilfitri yang diraikan setiap insan warga kerja  bersemangat hadir bekerja termasuk pada hari Jumaat dan Sabtu ke pejabat bagi menguruskan proses pendaftaran bilik pelajar.

Dengan kerjasama erat antara warga kerja INASIS bersama barisan JKPSRS yang turut membantu kelancaran proses pendaftaran ini segala kesulitan dapat diatasi segera.

Dalam kejayaan sesebuah organisasi ia perlu mempunyai kekuatan hubungan erat di antara jaringan kerja dalaman dan luaran serta pengurusan yang menjiwai naluri staf bawahan dengan menghargai usaha setiap staf yang meningkatkan lagi semangat kerja berkumpulan dan permasalahan malah pertingkahan dapat dijauhi. – INASIS SME Bank

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button