INASIS SME Bank kukuhkan kerjasama antara INASIS YAB
Berita dan gambar oleh INASIS SME Bank
SINTOK, 19 Januari 2026: INASIS SME Bank terus memperkukuh jalinan kerjasama bersama INASIS YAB dalam memastikan kualiti perkhidmatan, keselamatan & kebajikan para pelajar di INASIS berada pada tahap terbaik.

Tujuan lawatan kerjasama INASIS YAB ke INASIS SME Bank juga adalah bagi membincangkan peluang dan cara dalam menambahbaik dalam perkhidmatan di peringkat INASIS untuk manfaat kepada pelajar amnya dan warga INASIS khususnya.
Lawatan dari pihak INASIS YAB diketuai oleh En. Mohd Farhan Ismail, Pengetua, Tarmidi Mahamod, Penolong Pengurus Asrama dan staf pentadbiran INASIS YAB.

Pengetua INASIS YAB, Farhan Ismail berkata dari pengalaman INASIS SME Bank dalam memanfaatkan ruang bawah tangga setiap blok penginapan dijadikan Tempat Pengumpulan Sampah sebelum diuruskan oleh staf UUMProperty INASIS akan digunapakai idea ini.
Dengan adanya tempat khusus mengumpul sampah ini dapat mengatasi gangguan monyet dan haiwan yang selalu merosakkan bungkusan sampah kerana sampah-sampah tersebut terkumpul dalam ruang bertutup dengan gerigi besi dan ia juga memudahkan para petugas UUMProperty menguruskan pembuangan sampah secara harian di rumah sampah untuk lori sampah mengambil.
Dari masa ke masa pihak INASIS akan sentiasa memastikan tahap dan kualiti perkhidmatan, keselamatan serta kebajikan para pelajar diutamakan seperti matlamat UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.



