INASIS SME Bank melangkah awal dalam perancangan tahun 2026
Berita dan Gambar INASIS SME Bank
SINTOK, 06.01.2026 (Selasa) : INASIS SME Bank seperti jabatan lain sentiasa memastikan perjalanan jabatan seiring dengan matlamat dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Dalam usaha ini Pihak Pengurusan INASIS SME Bank mengerakkan langkah awal dalam memastikan penyusunan program dan aktiviti seiring serta lebih tersusun dengan Petunjuk Prestasi Utama(KPI) untuk diadakan sepanjang tahun 2026.

Menurut Dr Faisal Zulhumadi berkata INASIS SME Bank perlu lebih mengorak langkah dan semangat dalam tahun ini dengan lebih menyusun program serta aktiviti yang lebih berimpak tinggi kepada pelajar amnya dan semua khususnya.
Bagi program luar, Pihak INASIS SME Bank sentiasa berusaha melebarkan kerjasama dengan pihak luar terutama dalam pembangunan & kebajikan yang bermanfaat kepada kesiapsiagaan pelajar selepas tamat pengajian melalui program-program bersama pihak luar dari masa ke masa.



