INASIS SME Bank teruskan jaringan bersama SME Bank HQ
Gambar oleh INASIS SME Bank
SINTOK, 14 Ogos 2025: INASIS SME Bank telah menerima kunjungan hormat daripada rombongan wakil Ibu Pejabat SME Bank, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Mohd Midzhar Bin Osman, Ketua Rakan Perniagaan Strategik bersama Nur Rashdan Nor Azhar, Eksekutif Rakan Perniagaan Strategik, serta Muhammad Rafif Mahdi, Graduate Trainee Rakan Perniagaan Strategik SME Bank.
Lawatan ini diiringi oleh Abdul Razak Abdul Wahab, Pegawai Tadbir, dan Muhammad Muaz Madzlan, Pembantu Tadbir dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) melalui kerjasama pihak TISSA.
Pihak INASIS SME Bank menyahut seruan universiti dalam usaha meneruskan kerjasama strategik dengan memperbaharui penjenamaan semula perjanjian nama SME Bank di INASIS SME Bank, di samping menyenaraikan pelbagai program yang telah disusun untuk dilaksanakan.
Menurut Mohd Midzhar Osman, Ketua Rakan Perniagaan Strategik, pertemuan dua hala ini akan membuka ruang kepada pihak SME Bank untuk mengadakan Program Jaringan Strategik SME Bank 2025 pada Oktober 2025.
“Melalui program ini, pelbagai tentatif telah dirancang seperti Fun Run sekitar Bukit Kachi, Kejohanan Badminton, Dinner Alumni dan lain-lain. Program ini akan turut melibatkan jemputan alumni UUM dan warga INASIS SME Bank. Turut diadakan sesi townhall bagi mengeratkan jaringan industri bersama warga INASIS amnya dan UUM khususnya,” katanya.
“Pihak SME Bank mengalu-alukan lebih banyak program bersama diadakan pada masa hadapan dan bersedia menyahut cabaran tersebut,” kata Pengetuanya, Dr. Faisal Zulhumadi.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Dr. Fatimah Azzahraa Mohd Sobri, Pengurus Pelaburan & Pembangunan Projek, bersama Cik Nurulnathasya Shahrul Nizam dari Jabatan Strategik & Pembangunan Perniagaan (BSD) UUM.- INASIS SME Bank