INASIS TNB & INASIS Tradewinds jayakan gotong-royong bubur lambuk
Berita dan gambar oleh: Nur Faizah Azali
SINTOK, 23 Februari 2026: INASIS TNB bersama INASIS Tradewinds merupakan antara kolej kediaman terawal menjayakan program gotong-royong memasak bubur lambuk sempena Ramadan tahun ini.

Turut serta dalam program tersebut ialah INASIS MAS dan INASIS Proton dengan kerjasama staf UPSB.
Program yang berlangsung di Dapur Pusat Islam UUM itu menyaksikan barisan staf dan felo INASIS berganding bahu menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga kampus serta komuniti setempat.

Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di samping memupuk semangat kerja berpasukan dan kebersamaan dalam kalangan warga universiti.
Pengetua INASIS TNB, Mohd Fadzli bin Suhaimi berkata, “Gabungan ini memperlihatkan kesatuan dan semangat kekeluargaan antara INASIS dalam mengimarahkan Ramadan melalui aktiviti yang memberi manfaat kepada semua.”

Bubur lambuk yang diagihkan bukan sahaja menjadi simbol perkongsian rezeki, malah melambangkan keprihatinan dan semangat ukhuwah sepanjang bulan Ramadan.
Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan sebagai tradisi tahunan dalam memperkukuh jalinan kerjasama serta hubungan silaturahim antara INASIS di kampus Universiti Utara Malaysia.



