Campus

Jom Kenali Harta Intelek: Permohonan Geran Eksplorasi Dan Transformatif (GET)

Gambar Dr. Aidanajwa Sabri

SINTOK, 26 Mac 2026: Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) melalui Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersialan telah menganjurkan Bengkel Jom Kenali Harta Intelek: Permohonan GET, baru-baru ini secara dalam talian.

Bengkel ini dikendalikan oleh Pengarah, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) iaitu Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad dan Timbalan Pengarah (Inovasi), Pusat Inovasi dan Pengkomersialan iaitu Prof. Madya Dr. Nor Azlina Mohd Noor.

Dr. Ani Munirah berkata, bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang jenis-jenis harta intelek dan memberi panduan kepada pemohon Geran Eksplorasi dan Transformatif (GET) untuk mengisi bahagian harta intelek.

Menurutnya, bengkel ini telah disertai hampir 100 peserta dalam kalangan staf akademik dan staf pentadbiran yang ingin mempelajari dan memahami tentang harta intelek yang dihasilkan melalui penyelidikan atau bukan penyelidikan.

Selain itu, bengkel ini turut berkongsi tentang harta intelek dalam permohonan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan berapa yuran yang perlu dimasukkan dalam proposal dipohon.

Timbalan Dekan (Inovasi dan Penyelidikan), SOG berkata, bengkel ini sangat sesuai bengkel ini diadakan pada masa sekarang kerana ia memberi peluang kepada peserta untuk bersoal jawab dengan ICC berkaitan permohonan GET.

Selain itu, penentuan bilangan harta intelek yang perlu dihasilkan melalui penyelidikan geran GET juga diketahui oleh peserta dan membuka ruang untuk sesi soal jawab yang memberi ruang kepada peserta untuk bertanyakan soalan kepada ICC.

Peserta, Dr. Aidanajwa Sabri berkata, bengkel ini banyak membantu mengetahui berapa yuran yang perlu dimasukkan dalam borang permohonan GET.

“Bengkel ini telah memberi  banyak input yang dapat dimanfaatkan oleh peserta dalam memperkukuh pemahaman berkaitan harta intelek dan proses permohonannya,” katanya.

Link rakaman dan slide bengkel: https://shorturl.at/76gRt – Dr. Khofizhoah Mohd Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button