Campus

Kayuhan merdeka SUTRANITA 2025: Memeriahkan kampus dengan semangat patriotism

Gambar oleh Marina Binti Hamzah

SINTOK, 19 Ogos 2025: Seramai 20 orang staf Akademik dan pentadbiran dari pelbagai jabatan menyertai aktiviti berbasikal di sekitar kampus UUM. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (SUTRANITA)  berlangsung pada awal pagi tadi dimulai dengan bacaan doa dan pelepasan bendera.

Acara kayuhan yang bermula dari Pusat Sukan UUM dan seterusnya bergerak ke sekitar kawasan kampus sejauh 8.5 kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Menurut Yang Dipertua Persatuan SUTRANITA, program ini dijalankan bagi tujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja kampus.

“Kayuhan ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi simbolik kepada perjalanan kemerdekaan negara yang penuh cabaran. Kami berharap ia dapat menyatu padukan semangat kerja warga kampus dan menyemai rasa bangga terhadap tanah air,” katanya.

Sepanjang kayuhan, peserta turut menyaksikan pelbagai pemandangan menarik sekitar kawasan kampus seperti taman Botani, taman Kaktus, laman Buluh, Lengkungan Sungai Badak dan bangunan Pentadbiran .

Bendera Malaysia yang menghiasi setiap kenderaan peserta kayuhan  berkibar dengan gagah disertai cuaca yang baik  di sepanjang laluan kayuhan peserta.

Pihak penganjur berharap agar Kayuhan Merdeka ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan pada bulan kemerdekaan demi menzahirkan penghargaan terhadap jasa pejuang-pejuang  kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan warga kampus.

Program tersebut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan, dan jamuan ringan kepada semua peserta – Marina Binti Hamzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button