Campus

Lawatan SSM Pulau Pinang ke UUM perkukuh agenda inovasi dua hala

Gambar Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC)

SINTOK, 8 September 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan penanda aras daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pulau Pinang pada 2 September lalu.

Delegasi SSM seramai sembilan pegawai yang diketuai oleh Pengarah, Sazuree Shuib, disambut mesra oleh Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar, di Anjung Tamu UUM.

Sazuree berkata, tujuan SSM mengadakan lawatan ini adalah untuk memperkukuhkan hubungan strategik serta berkongsi amalan inovasi dalam aspek pengurusan dan pembangunan organisasi.

Menurutnya, lawatan ini memberi peluang kepada pihak SSM untuk mendapatkan pendedahan mengenai amalan inovasi yang dilaksanakan di UUM, khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), selain pencapaian UUM dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) universiti.

Katanya, lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan jalinan kerjasama, malah membuka ruang bagi kedua-dua pihak melaksanakan inisiatif bersama pada masa hadapan.

Sementara itu, Dr. Mohd Faizal berkata, ICC UUM sentiasa mengalukan kehadiran SSM bagi memperkukuhkan agneda inovasi antara kedua-dua pihak.

Sesi perbincangan dan perkongsian telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat yang dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat; Pengarah Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd Khan; Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Fadzil Mohd Husin dan Pengarah Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Prof. Dr. Mohd. Haniff Jedin.- Nur Azhanie Mohd Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button