Majlis Apresiasi Duta Pelajar UUM-PayNet gamit memori klasik
SINTOK, 13 Januari 2025: Lebih 30 duta pelajar telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Duta Pelajar di Dewan Sri Angsana 2, EDC UUM.
Ketua Projek Jawatankuasa Kampus Tanpa Tunai UUM-PayNet, Prof Madya Dr. Sahadah Abdullah berkata, beliau berbangga dengan pencapaian and komitmen yang diberikan oleh barisan penyelidik dan khususnya duta pelajar yang diraikan sepanjang projek ini berlangsung dari Januari 2024.
Menurutnya, pihak Payments Network Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai (PayNet) telah menawarkan dana berjumlah RM300,000 bagi perlaksanaan program “Projek Rintis Pengunaan E-Pembayaran Secara Menyeluruh di Kampus UUM”.
Katanya, melalui projek ini, garis panduan bagi perlaksanaan yang akan membantu pihak pembuat polisi, penyedia infrastruktur serta PayNet untuk melancarkan perlaksanaan Kampus Tanpa Tunai Secara Menyeluruh di lain-lain Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.
“Selain itu, Duta Pelajar dilantik untuk dalam mempromosikan aktiviti kampus tanpa tunai di Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya.
Sementara itu, pemenang anugerah “Best of The Best Ambassdor”, Jee Yao Wei berkata, dia tidak menjangkakan akan terpilih sebagai salah seorang pemenang anugerah memandangkan majoriti duta pelajar yang dipilih adalah dalam kalangan mereka yang aktif dan komited dalam tugas.
Selain itu, anugerah tersebut turut disandang Ismahani Abd Rahim, Siti Fatina Fathin Jaidi, Farisha Rabiha Zainal, dan Shalini Raj a/p Mohan Raj.
Mereka tidak hanya memenangi replika cek, plak, namun turut menerima wang tunai berjumlah RM200 setiap orang. Kesemua duta pelajar menyandang gelaran “The Best Ambassador” dan menerima hamper dan sijil yang ditandatangani pihak UUM dan PayNet.
Turut hadir adalah barisan penyelidik yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin, Dr. Mohd. Syahrir Rahim, Prof. Madya Dr. Shamsul Huda Abd. Rani, Dr. Zuliana Azwa Zulkifli, Jasni Ahmad dan Dr. Maliani Mohamad. – Dr. Zuliana Azwa Zulkifli