Campus

Majlis serah tugas Pengarah Pusat Islam  

SINTOK, 6 Februari 2025: Patah tumbuh, hilang berganti. Itulah istilah yang boleh dikatakan apabila sampai masa, akan pergi jua.

Satu majlis serah terima tugas berlangsung di Pusat Islam bagi menandakan peralihan kepimpinan antara Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Islam kepada Mohd Yusnaidi Md. Sabri yang menerajui jawatan tersebut bermula 1 Januari lalu.

Acara simbolik penyerahan dokumen serah tugas menandakan permulaan tanggungjawab rasmi   Mohd Yusnaidi  dalam meneruskan agenda organisasi ke arah yang lebih cemerlang.

Dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau berharap agar kepimpinan baru akan terus membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi.

Sementara itu, Mohd Yusnaidi menyatakan komitmennya untuk meneruskan usaha serta memperkenalkan inisiatif baharu bagi memperkukuhkan lagi operasi dan perkhidmatan secara holistik.

“Pusat Islam UUM berhasrat untuk menjadi pusat rujukan dan pengurusan Hal Ehwal Islam di UUM, yang memberi impak besar dalam pembentukan individu dan masyarakat yang berteraskan nilai-nilai Islam, berdaya saing dan mampu memimpin perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan,” ujarnya.

Majlis ini juga diadakan sebagai penghargaan kepada staf yang akan bertukar ke jabatan lain dan pelajar praktikal yang tamat latihan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button