Campus

Menoreh ukhwah, menuai kasih: mahasiswa UUM santuni penduduk kampung Kuala Janing

Berita dan gambar oleh Muhammad Saffwan Shamsul Kamal

KUALA NERANG, 11–12 Disember 2025: Seramai 30 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjayakan Program Menoreh Ukhwah, Menuai Kasih yang berlangsung di Kampung Kuala Janing sebagai usaha menyantuni komuniti setempat menerusi aktiviti kesukarelawanan.

Program ini merupakan anjuran Kelas Pengurusan Kesukarelawanan (SSWPK 1033) Kumpulan A dengan bimbingan penasihat, Tuan Muhammad Zukri  Tuan Sembok, bertujuan mendedahkan pelajar kepada nilai kesukarelawanan serta kepentingan setiap sumbangan yang diberikan, walaupun kecil.

Inisiatif ini turut selari dengan tema Hari Sukarelawan Sedunia, “Every Contribution Matters”.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti menoreh getah dan menuai padi bersama penduduk kampung. P

englibatan ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman baharu serta memahami cabaran sebenar golongan petani dalam mencari rezeki, sekali gus memupuk rasa syukur dan penghargaan terhadap usaha mereka.

 

Kehadiran mahasiswa UUM turut membawa keceriaan kepada penduduk kampung serta menjadi medium untuk mengeratkan hubungan ukhwah antara komuniti setempat dan pihak universiti, selaras dengan aspirasi UUM dalam melahirkan graduan holistik dan berjiwa masyarakat.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Kampung Kuala Janing, Encik Kamarudin (Paklong), serta seluruh penduduk kampung atas layanan mesra dan kerjasama erat yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button