Campus

Naib Canselor turun padang tinjau kemudahan di SOC, pastikan keselesaan staf dan pelajar

Berita dan gambar Noor Aina Norrdin

SINTOK, 11 Januari 2026: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) bersama pasukan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI) bagi memantau keadaan fasiliti serta mengenal pasti keperluan naik taraf di SOC.

Dekan SOC, Prof. Ts. Dr. Osman Ghazali selaku Penolong Naib Canselor UUM CAS turut hadir menyambut kedatangan Dr. Ahmad Martadha.

Dr. Osman berkata, lawatan ini untuk meninjau fasiliti pengajaran dan pembelajaran serta fasiliti sokongan staf termasuk tandas dan ruang-ruang bangunan SOC bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan keselesaan berada pada standard yang ditetapkan.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan dengan gerak kerja naik taraf dijalankan secara berperingkat dan disasarkan siap sebelum bermulanya Semester Kedua Sesi Akademik 2025/2026 (A252).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Naib Canselor sebagai orang nombor satu UUM dan pihak pengurusan universiti dalam memastikan kesejahteraan warga kampus serta menyediakan persekitaran pembelajaran dan kerja yang kondusif serta berkualiti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button