Campus

PACE sedia terima kemasukan kelompok kedua program  ODL

SINTOK, 26 Mac 2025: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) telah mengadakan siri taklimat sebagai persiapan kemasukan Semester April 2025, baru-baru ini.

Siri taklimat ini bertujuan memberi latihan dan kemahiran mengendalikan Learning management system (LMS), Pembangunan self instructional material (SIM) dan sistem SECONIA.

Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Bin Anuar dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar dan staf terlibat yang hadir memberi komitmen untuk penawaran program ODL semester April 2025 ini.

“PACE merakamkan ucapa terima kasih atas komitmen yang jitu semua peserta, semoga kesinambungan penawaran dua (2) program ODL iaitu Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian dan Sarjana Muda Pengurusan Awam terlaksana tanpa sebarang masalah teknikal.

“Kita harus bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk bertindak segera bagi segala kemungkinan yang timbul atau pertanyaan pelajar ODL termasuk fleksibiliti waktu pengajaran”, ujarnya.

Peserta juga terutamanya staf PACE dan UUM Leads diminta mahir mengendalikan sistem Helpdesk yang dijangka akan menjadi saluran utama pelajar ODL berkomunikasi dengan pihak PACE.

Semoga penawaran program ODL berjalan dengan baik mengikut perancangan dan sekiranya ada sebarang masalah kita akan bertindak mengatasinya sebaik mungkin.

“Kekal konsisten dan siap siaga dalam semua aspek pengurusan penawaran ODL termasuk bertindak segera atas sebarang aduan atau pertanyaa pelajar agar proses pembelajaran lancar dan pelajar berjaya menamatkan pegajian mengikut jangkaan waktu yang ditetapkan”, ujarnya.

Program pengajian mode ODL ini memberi ruang yang lebih fleksibel kepada pelajar-pelajar kerana latarbelakang pelajar (bekerja), ruang masa, cara berkomunikasi dan kaedah pembelajaran yang sesuai tanpa mengetepikan piawaian yang ditetapkan oleh KPT.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PACE Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Othman dan Pengurus Besar UUM Leads Sdn. Bhd. Prof. Madya Dr. Sobri Don. – Mohd Fairus Abd Majid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button