Pelan strategik yang mampan dan relevan
SINTOK, 29 Mei 2025: College of Business (UUM COB) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Pengurusan Tertinggi UUM COB 2025 yang berlangsung selama 2 hari di EDC UUM.
Bengkel yang dihadiri oleh 75 peserta terdiri dari barisan pengurusan tertinggi UUM COB ini bertujuan merangka dan menyelaras pelan strategik yang mampan dan relevan dalam memastikan kecemerlangan akademik, penyelidikan, dan perkhidmatan dalam era pendidikan tinggi yang semakin mencabar.
Bengkel ini juga bertujuan bagi melahirkan barisan kepimpinan masa hadapan UUM COB yang mampu untuk mendepani isu serta membawa UUM COB seiring dengan matlamat UUM COB.
Penolong Naib Canselor UUM COB, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad, dalam sesi beliau bersama Dekan-Dekan Pusat Pengajian UUM COB mengharapkan agar UUMCOB sentiasa bergerak sebagai satu entiti dalam mencapai UUM COB sebagai sebuah pusat rujukan komuniti perniagaan terkemuka asia selaras dengan misi utama UUM iaitu ‘Eminent Management University’.
Forum ini juga memperincikan pencapaian serta cabaran yang dihadapi serta berbincang langkah penyelesaian yang dikongsi bersama peserta. Beliau turut berkongsi 10 pesanan kepimpinan kepada penjawat yang bakal menjadi pemimpin UUM suatu hari nanti dengan membetulkan niat serta memahami hala tuju UUM COB.
Hadir sama, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, Naib Canselor UUM yang meluangkan masa bersama peserta mengharapkan agar seluruh penjawat UUMCOB agar terus bersatu, berinovasi dan sentiasa memandang kehadapan.
Penganjuran bengkel ini mewujudkan kelompok penjawat yang berintegriti dan mencerminkan komitmen padu semua pusat pengajian dan jabatan di bawah UUM COB dalam memastikan tadbir urus strategik yang cemerlang, sekali gus menyokong aspirasi universiti untuk terus unggul sebagai institusi pengurusan terkemuka di peringkat serantau dan global. – Abdul Razak Abdul Wahab