Pemimpin muda serantau berkumpul di Medan: INASIS Tradewinds kukuhkan jaringan ASEAN
Gambar oleh: Ikriman Hakim
MEDAN, 1 Ogos 2025: Delegasi INASIS Tradewinds telah menyertai program lawatan akademik ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Medan, Indonesia dalam satu usaha mengukuhkan hubungan serantau serta memperkasakan jaringan mahasiswa ASEAN.
Rafieqah Nalar Rizky, S.Sos., M.A, pensyarah dari UMSU dalam ucapan menyatakan rasa syukur tidak terhingga kepada delegasi dari Universiti Utara Malaysia kerana sudi hadir ke Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara.
Beliau juga meletakkan harapan agar kolaborasi antara dua institusi ini tidak terhenti di sini sahaja, katanya.
Sementara itu, Dr. Asma Mat, wakil UUM yang memberi penekanan berkenaan dengan UUM itu sendiri. Beliau memberi pendapat dan pandangan yang jelas berkenaan dengan dunia pendidikan khususnya di Universiti Utara Malaysia.
Kemuncak program ialah sesi forum bertajuk “Cross-Cultural Student Leadership: Navigating Identity & Influence in ASEAN Youth” yang menampilkan tiga orang panelis daripada institusi berbeza: UMSU, UUM, dan Iloilo State University of Fisheries Science and Technology (ISUFST), Filipina.
Saudara Vickri Febrian dari UMSU, memberikan penekanakan berkenaan kepentingan pembangunan dalam organisasi dan peranan mahasiswa sebagai pemimpin komuniti. Beliau menekankan bahawa pemimpin perlu turun padang dengan idea yang berimpak, disokong oleh kerjasama rentas agensi dan pertukaran budaya antara universiti di rantau ini.
“Kejayaan sesuatu program sangat bergantung kepada konsistensi usaha dan sokongan infrastruktur institusi,” katanya.
Saudari Shalini Raj a/p Mohan Raj, UUM turut mengupas tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang berkesan, menekankan nilai empati, tanggungjawab, dan kebolehan membimbing.
“Be a leader, not a ruler.” Katanya. Pesanan ini menjadi peringatan penting bahawa kepimpinan bukanlah tentang kuasa, tetapi tentang memberi arah dan inspirasi kepada orang lain.
Menurut Kathleen Hope Marte dari ISUFST, Filipina, menyampaikan pandangan mengenai peranan universiti dalam menyokong perjalanan mahasiswa untuk menjadi pendidik dan pemimpin masa depan.
Beliau menyeru mahasiswa agar berani mengambil peluang, menyahut cabaran, dan menyertai pertukaran budaya pendidikan untuk memperluas perspektif kepimpinan dan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.
Lawatan ini bukan sekadar platform perkongsian ilmu, malah membuka ruang luas untuk pertukaran budaya dan persefahaman rentas negara. Program ini mencerminkan hasrat dan komitmen INASIS Tradewinds dalam memacu peranan mahasiswa sebagai pemimpin global yang berpandangan jauh, bertanggungjawab, serta bersedia membawa perubahan positif kepada dunia. – Muhammad Al Arman