Campus

Pengurusan TVET UUMKL terima kunjungan SAC Skill Institute untuk kerjasama latihan TVET

Berita dan gambar Hisaruddin Ahmat

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2026: Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL) telah menerima lawatan rasmi delegasi SAC Skill Institute (SAC SI) yang diwakili oleh Mod Shafie Md Sarip, Henry Choong dan Hazizul Zamrud dalam usaha memperkukuhkan kerjasama strategik bagi pembangunan dan pelaksanaan program latihan TVET berorientasikan industri.

Kedatangan delegasi etrsebut disambut oleh Pengurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Shanusi Ahmad dan juga wakil UUMKL, Prof. Dr. Hijattulah Abdul Jabbar.

Dr. Shanusi berkata, lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan program sijil profesional modular TVET termasuk kursus jangka pendek berasaskan data, latihan teknikal dan pengurusan, serta pelaksanaan pensijilan yang berpotensi untuk tuntutan di bawah skim HRD Corp.

Delegasi turut membentangkan cadangan modul kemahiran insaniah yang memfokuskan aspek kualiti dan produktiviti, dengan pelaksanaan kursus selama dua hari melibatkan tiga submodul utama.

Program ini disasarkan untuk memenuhi keperluan industri semasa dan meningkatkan kebolehpasaran peserta latihan.

Perbincangan turut merangkumi penyediaan Terma Rujukan (ToR), pembangunan modul  melibatkan pengiktirafan industri, institusi dan antarabangsa, serta perancangan menandatangani kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sebagai langkah susulan, UUM TVET akan mengadakan lawatan tapak ke fasiliti SAC Skill Institute serta sesi libat urus lanjut bagi memuktamadkan pelaksanaan kerjasama strategik ini.

Kerjasama ini dijangka dapat memperkukuh peranan UUM sebagai pengurus TVET berkualiti tinggi dan menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran selari dengan keperluan industri negara dengan membawa moto ‘Industri, Institusi, Internasional’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button