Campus

Peserta UUM serlah potensi usahawan muda dalam National Micro Enterprise Pitching Competiton NMEPC 3.0 2025

Berita dan gambar oleh Pusat Keusahawanan (CEDI)

MELAKA, 20 November 2025: Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Nurul Najwa binti Romzi dan Ahmad Irfan  Mohd Mohan Shah, bersama mentor akademik mereka Prof. Madya Dr. Shamsul Huda  Abd Rani, sekali lagi mengangkat nama UUM melalui penyertaan berimpak tinggi dalam National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) 3.0 2025 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Mereka mewakili universiti dalam kategori Makanan dan Minuman menerusi projek inovatif bertajuk Karipap.

Dalam ucapan Dato’ Dr. Haji Megat Sany, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa NMEPC 3.0 perlu terus diperkukuh sebagai platform strategik bagi melahirkan usahawan pelajar dan usahawan graduan yang berkemampuan tinggi dalam sesi pitching serta pembangunan model perniagaan yang kompetitif.

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh ekosistem keusahawanan berasaskan teknologi dan inovasi selaras dengan dasar kerajaan yang melihat pendidikan tinggi sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi negara.

Program ini menghimpunkan penyertaan daripada Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti serta Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU) dengan matlamat memperkukuh kemahiran pelajar dalam pitching perniagaan, keusahawanan digital, inovasi serta pembangunan startup berasaskan teknologi.

Seramai 38 kumpulan pelajar berentap dalam empat kategori utama iaitu Makanan & Minuman (7 kumpulan), Industri Seni dan Kreatif (5 kumpulan), Teknologi dan Inovasi (14 kumpulan) serta Perkhidmatan (12 kumpulan).

Penglibatan pelajar dari pelbagai institusi membuktikan kesediaan generasi IPT untuk memacu inovasi dan menyumbang kepada kemajuan industri negara.

Dalam masa yang sama, NMEPC terus muncul sebagai platform strategik dalam memperkasa bakat keusahawanan pelajar.

Kejayaan ini bukan sahaja menyemarakkan reputasi UUM sebagai universiti pengurusan terunggul, malah memperlihatkan komitmen berterusan universiti dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan berupaya memimpin landskap keusahawanan negara.

UUM melalui Pusat Keusahawanan (CEDI) akan terus memperkukuh sokongan kepada pelajar melalui program pembangunan usahawan, latihan kemahiran serta bimbingan industri agar lebih ramai pelajar mampu melangkah ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button